10 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan, kata perdana menteri.
Tun Mahathir berucap di satu sidang media yang diadakan sebentar tadi selepas mengadakan mensyuarat ringkas untuk membentuk kabinet tidak lama lagi, lapor Malaysia Kini
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Seri Paduka semasa istiadat mengangkat sumpah jawat6an perdana menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.
Justeru itu, kata Mahathir, prosedur selanjutkan akan disusuli selepas ini.
“Jadi kami akan melalui proses sewajarnay bagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” katanya.
Pengampunan itu akan membolehkan Anwar kembali ke politik.
“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.
“Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Sumber : Malaysia Kini
Sumber : Malaysia Kini

Comments
Post a Comment