Najib umum letak jawatan Presiden Umno


Dato Seri Najib Razak mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.
Najib mengumumkan perkara itu pada sidang media di Menara Dato Onn, ibu negara hari ini.
Dengan peletakan jawatan itu juga Biro Politik Umno memutuskan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjalankan tugas-tugas sebagai presiden parti.
Selain Ahmad Zahid, turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin kanan lain dalam Umno termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Kata Najib, mesyuarat biro politik yang bersidang sebentar tadi kami mengambil kira keadaan semasa "yang begitu getir" kesan pilihan raya umum Rabu lalu.
"Memandangkan bahawa Umno dan BN telah mengalami kekalahan amat berat maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengmbil keputusan untuk meletakkan jawatan serta-merta," katanya.
Ekoran pelantikan Ahmad Zahid, Hishammuddin pula dilantik oleh parti itu untuk menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN.
"Ketiga-tiga sayap Umno memberi sokongan sepenuhnya kepada cadangana ini," kata Najib.
Untuk rekod, Ahmad Zahid dan Hishammuddin ialah naib presiden Umno. Jawatan timbalan presiden parti itu kosong berikutan pemecatan penyandangnya Tan Sri MuhyiddinYassin pada 24 Jun 2016.
Sumber : Malaysia Kini

Comments