Bos Air Asia wira tak didendang, kata Syed Saddiq


Apabila video Tony Fernandez memuji bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan pesawat AirAsia muncul dengan slogan pilihan raya pro-BN, ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan, Tony Fernandes mendapat kritikan meluas.
Bagaimanapun, ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan jutawan tersebut sebagai wira yang tidak didendang.
Beliau berkata bos AirAsia itu menerima tekanan kerana tindakan serta keengganannya memecat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi syarikat berkenaan kerana lantang mengkritik perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin muda BERSATU itu berkata bos AirAsia sebenarnya ditolak ke sudut.
"Saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang telah saya simpan untuk beberapa waktu. Saya tidak dapat memberitahunya sebelum ini kerana kami dihantui politik ketakutan.
"Aktivis, ahli politik dan ahli perniagaan yang tidak selari dengan ideologi parti pemerintah akan terancam dan menerima tekanan.
"Saya mesti berkongsi ini kerana saya tidak boleh membiarkan seorang wira mendapat dakwaan salah terhadap dirinya," katanya.
"Cerita ini,ramai yang tidak tahu. Saya terpaksa menyimpannya sebagai rahsia, tetapi di era baru ini, satu era hak bersuara ditegakkan, sudah tiba masanya untuk berubah.
"Inilah kisah Tony Fernandes," katanya dalam satu kenyataan.
Sumber : Malaysia Kini

Comments